BULAN NOVEMBER YANG INDAH:)

Alhamdulillah dah masuk bulan november...ini bermakna dua bln lagi kite akan menuju ke tahun 2013...tiada apa yang boleh diucap melainkan terlalu bersyukur dengan apa yang dikurniakan kepada kami sekeluarga...

bulan november ini adalah bulan yang best sgt coz 9 hari lagi genaplah usia perkahwinan mak ngan ayah 5 tahun:)tiada apa yang boleh dikatakan melainkan rase bersyukur kerana telah dapat menempuh fasa pertama yang dikatakan amat mencabar utk orang yang berumahtangga...serius memang banyak betul dugaan sepanjang lima tahun...suka,duka,tawa,tangis semua ada. cuma takdelah sampai nak bercerita ngan orang ramai kan...kalau boleh sorok,memang saya akan sorok...

pada usia perkahwinan 5 tahun dan usia kami 28 tahun rase hepi coz kami telah dapat mencapai semua yang kami dan anak2 hajati...target untuk memiliki anak seramai 3 orang dah dapat, anak2 mahukan kereta baru juga kami telah usaha dapatkan dan kini hanya menunggu kunci untuk rumah idaman kami...walaupun hanya sebiji apartment namun ianya diharap dapat memberikan keselesaan kepada kami sekeluarga:)

ada lagi dua tahun untuk kami penuhi dua hajat lagi iaitu menambahkan bilangan anak kepada 4@5 orang...doa kami agar kami dapatlah bb twin..berangan lah ko atul...huhu...xpe,yang penting saya sudah mula usaha dari sekarang...hehe...dan lagi satu hajat adalah saya dapat menamatkan pengajian ijazah saya sebelum umur 30 tahun..insyaallah rasenye akan dapat coz saya tinggal utk buat thesis cadangan awal dan akhir serta 2 subjek 2 jam kredit..syok betul..

ape pon kepada suamiku kita telah berjaya bersama harungi suka duka selama lima tahun...harapnye kita dapat harungi suka duka untuk akan datang...tiada rumahtangga yang tidak bergolak tetapi kita sendiri yang mencorakkannya...kami masih lagi mengambil ilmu dan terus mengambil ilmu dari orang2 yang pengalamannya lebih banyak...utk anak2ku kamulah penyeri rumahtangga mak dan ayah..love u all so much...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

28 MINGGU @ 7 BULAN

sambungan tentang disleksia

at last :)