DISLEKSIA


Assalamualaikum dan selamat pagi… Anak keempat mak baru disahkan disleksia..Dhiya berumur 6 thn.org tanye mak mcm mane blh detect..bermula dr mak dinaikkan pangkat. Mak berpindah ke ofis baru. Kebetulan seorang dr anak buah mak mempunyai disleksia. Mak tengok dia mak terus teringat dhiya. Hati mak kuat mengatakan dhiya ade tanda-tanda mcm anak buah mak kat opis tu..lebih menguatkan bila mak tengok dah akhir tahun Dhiya masih tak boleh kenal huruf abc..nombor setakat ni Alhamdulillah. Tapi selepas no 11 memang dia akan tulis terbalik. No 12 jadik 21 dan seterusnya dan dhiya pon kalua kita tunjuk no 12 dia akan baca nombor 2 dan kemudian 1.

Dhiya juga seorang anak yang kuat mengamuk dan sangat sensitif. kalau orang tengok dia akan kate dia manja atau mengada-ngada tapi hakikatnya kami sebai mak ayah sedang diuji.

Dhiya pon sometimes akan cakap terbalik. Mulanya ingat normal coz kakak2 ngan abg memang suka gelakkan adik mereka. Tapi bila betulkan tetap dia akan sebut yang sama jugak. So, as mak macam biasa mak adalah Mrs Google ibarat kata en suami google lah tentang apa itu Disleksis dan tanda-tanda. So, bila tengok tanda tu ada sikit2 pada Dhiya terus mak google kat mane blh mak wat ujian utk tahu tentang Dhiya. Ade 2,3 buah hospital swasta mak tanye but semua kata memang kena buat di Pusat Disleksia Malaysia (PDM). So, tanpa melengahkan masa mak call lah PDM untuk set appointment utk Dhiya. At last pada 02 Januari 2020 setelah ujian dilakukan Dhiya confirm ade Disleksia tpi mase tu kami diberitahu Dhiya bkn berada pada tahap yang teruk.

Lebih kurang 5 hari mak dapat email tentang report penuh Nur Mardhiyah. Confirm dhiya ada Disleksia dan lebih kepada tahap Mild Specific Learning Disorder. Nanti mak sambung lagi ye apa yang mak buat utk dhiya..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

28 MINGGU @ 7 BULAN

sambungan tentang disleksia

at last :)