5 tahun...

rimas rasenye update blog gune tab..tak puas rasenye...hope cepatlah dapat broadband coz leh gune lappy..huhu..tq ye adik iparku coz nk bg kakak iparmu ini broadband..hehe..oklah arini takdelah cerita sangat just nk sharekan ape yang patut dikongsi..

memandangkan lagi beberapa bulan genap usia perkahwinan kami yang ke 5 tahun maka saya just nk share pengalaman,amik pengalaman dan kongsi pengalaman ngan kawan2 di luar sana.usia perkahwinan yang telah masuk ke 5 tahun adalah tempoh yang agak lama..alhamdulillah kami berjaya melepasi satu fasa yang dikatakan orang di luar sana sebagai satu fasa yang amat mencabar. serius, bukan mudah untuk melalui fasa itu. ibarat kata suami kalau suami isteri itu elok je takde masalah tapi byk pulak anasir2 di luar rumahtangga kita yang memberikan masalah..ada benar kata2 en suamiku itu..

apa yang kami ada sepanjang lima bertahun berkahwin ni adalah 3 orang anak comel yang tiada nilai gantinye...mereka lah nyawa kami..harta yang lain kami boleh carik tapi mereka bertiga adalah harta kami yang paling bernilai sangat2..oh,mak rindukan kamu bertiga..tidak sabar mau pulang ke rumah..

berbalik kisah asal,saya sungguh respek lah ngan pasangan2 yang telah berkahwin lebih dari 5 tahun yang melalui hari dengan penuh bahagia..serius mmg jeles tengok dan saya berharap sangat2 kami akan menjadi seperti pasangan2 itu..kadang2 saya lihat pasangan yang baru setahun dua kawin kalau update status kat fb mcm org lain tak penah kawin..kadang nak gelak pon ye..kalau kawan2 dalam fb kita semua belum kawin maybelah kite leh wat mcm tu..ni semua dah otai2 baca mmg nak gelak je lah..sebagai yg muda dalam perkahwinan belajarlah dari yg tua..kalau niat kamu nak menunjuk kamu tu bahagia kena ingat org2 lain yang lebih bahagia dari kamu..sampai sekarang sy masih menuntut ilmu dari org2 lame tentang rumahtangga ni especially dr ibu saya dan kawan2 rapat yg lebih lama berkahwin..org kate berumahtangga ni mcm nk pegi belayar..kalau dalam satu kapal ade dua ketua tenggelamlah kapal kita tu..

seperti juga dalam rumahtangga ni kalau isteri pon nak jadik pemandu arah confirm suami akan jadik isteri dan sebaliknya..byk sgt cth dah ku lihat..tiada apa yang saya boleh katakan just dalam rumahtangga ni sebagai isteri hormatlah suami kamu walaupun dia berpangkat rendah dr kita, dia kurang senang dr kita dan yang lebih penting terima dia seadanya..jika dlm rumahtangga ni kita susah dan senang bersama insyaallah mudah untuk kita uruskan..kalau suami tak mampu sediakan apa yang isteri mahu maka seorang isteri perlu redha..insyaallah satu hari nanti pasti apa yang kita hajatkan itu dapat jua:)

saya juga respek kepada ibu2 yang mempunyai ramai anak..yang ni lagi jeles okay coz saya sudah diperintahkan berhenti dr kilang..hehe...sangat muda berhenti ibarat kata en suami ramai tidak percaya dia ada tiga org anak..huhu..sangat rindu saat2 peknen,bersalin coz boleh share ngan kawan2 ape2 masalah,suka,duka dsbnya...kalau diberi lagi kami terima..insyaallah...kadang2 saya jadik pelik skit org yg br peknen atau melahirkan bayi mengajar org yang dah ade pengalaman bertahun2...jgn salah sangka ngan sy ye coz saya bukan katakan tak boleh mengajar tapi ajarlah benda yang logik skit..amik pengalaman dari org lame2..bkn saya suruh amik dari sy tapi ambil lah pengalaman dari keluarga ke atau kwn2 rapat ke..walaupun saya sudah ada tiga org anak2 yang comel tapi saya masih belajar tentang cara membesarkan mereka..jika ada perkara yang boleh sy kongsi insyaallah sy akan kongsi..

saya harap celoteh saya ni tiada memberi gangguan kepada siapa2 coz sy takde niat nak perli siapa2..just nak kongsi cerita...:)jumpa lagi ye..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

28 MINGGU @ 7 BULAN

sambungan tentang disleksia

at last :)